Powered by Blogger.

Tuesday, November 30, 2010

28 Mei 2010 merupakan tarikh keramat dalam hidup aku. woww woww woww. ape die? ape die? haih gelojoh, saba laa.. kah kah!

walau dah 6 bulan berlalu, tp takkan aku lupa saat gembira bertambah super duper hyper masa tu..

first of all, entry ni tade niat untuk menunjuk2, kerek2 apatah lagi hendak riak. jauh sekali dari semua itu. sekadar ingin share with korang apa aku rasa. ok?

as we all know, kemudahan pengangkutan sgt penting pada masa kini. drpd student kpd mereka yg dah berkerjaya, drpd kuli kpd mereka yg dah menjadi bos-bos, drpd budak kecik kpd mereka yg dah tua. semua memerlukannya demi sampai ke destinasi masing2. okay enough with this skema introduction..

ekceli ini seken car aku, first car aku seken (pening jap).. macam ni.. ehemmmmmm.. first car aku iaitu Honda Civic EG '95 beli secondhand, dah jual awal tahun ni. pakai pon dalam setahun lebih je, reason to sell? toksah cakap laa.. i mean toksah cakap la kat sini, nnt aku up satu lagi entry utk cerita panjang lebar pasal keta tu yer..

adehh tetibe lapa plak, patut pun dah 2:42am..

Alhamdulillah ayah aku pon suruh carik keta yang ok sket compare Civic yg kurang kesedaran sivik tu. miahaha.. lame gak buat research pasal keta nih, barang mahal kot, lagi2 nak pakai lame kan. so terbayang di kepala dulu nak pakai Satria Neo CPS. fuhh cun.. tp mendapat objection dari pacik aku plak sbb dia kata keta 2 pintu ialah kete org kedekut, dan abang aku plak kata kesian nnt org nak masuk seat blkg terpaksa buat gaya hanjeng (bayang jap..). logik gak. haha..

entry ni hanya rekaan semata2 tp berdasarkan pengalaman yg betul wujud, tiada kaitan nak membanggakan diri. ok teruskan semula..

maka dishortlistkan lah, kete2 di bawah nii..

1. Mitsubishi Lancer 2.0GT
2. Honda Jazz 1.5
3. Toyota Vios 1.5

Lancer dah test drive, nice handling, 6speed manual (woww!), but plastic feel, interior kureng.. dan aku tak suke front-look dia.

Honda Jazz chantek, klu modified afterwards mesti lagi chantek, tp still kecik dan keperempunan sket.

Toyota Vios plak, hmm.. aku lagi suka Vios lama. sekian!

pening doh nak pilih. last2 pacik aku suruh usya Mazda. first thing i was like? erkk Mazda? tebayang jap RX8, giler ko! bayang la yang logik akal sket dol.. ohh Mazda 3? hmm salu nmpk Mazda 3 bernombor flat singapore kt JB. not bad..

dan dipendekkan cerita, tp kupanjangkan langkah ke Mazda dealer betul2 dpn Times Square. terbeliakk gak mata tgk Mazda 3 Sport yang baru nih. 2010 model. the poisons spread all over the atmosphere.. okay cakap byk pun tara guna, deal! ada 1.6 dan 2.0, but i take 2.0 because it worth it with all the gadget inside.


sign segala bagai perjanjian

Syukur alhamdulillah for the time being, since aku masih bersekolah lagi, ayah aku willing to pay dulu. ngehehe..


secara officialnya dah boleh berjalan atas jalan raya sbb dah sah!

tadaa.. hodoh bukan? smiley looking :D

keterdepanan. .cam kodok pun ade.

keterbelakangan. ok la.

antara bende2 best pada Mazda 3 Sport ni:

1. Auto Dimmer headlamp, lampu dpn die auto, gelap je die akan ON.
2. Auto Wiper, wiper on pada waktu hujan secara auto, dan berkelajuan mengikut kelebatan hujan.
3. Butang kt dashboard byk giler, rase cam mini kokpit. heee..
4. Cermin pandang belakang yg bersensor light.
5. Many more.


yeah its name terry.. very trusted salesman.

Why Mazda? aku dah byk google, tgk2 kat forum, tanye2 org.. dan antara feedback2 mereka:

"Mazda? spare part susah nak carik beb.."
"eh Mazda 3 lawa kan?"
" ko kena pikir, minyak die cane? maintanance die? minyak? spare part lg"
"boleh la geng dgn org Singapore pasni.."
"Mazda resale value die rendahh. Toyota, Honda ok.."
"ko kene ikut hati kau, cemana org lain cakap pon, ko ikut je apa kata hati kau.. sbb ko yang pakai, bukan kiteorg"

dan bermacam2 lagi laa..

nama saye Manic Meelo yaw!

so im thinking positive. all the negative feedback aku jadikan positif gak, sbb nye negatif jumpa negatif positif kan? tp klu negatif jumpa negatif jumpa negatif, jadi negatif blk.. ahh biarla pon. haha..

bagi aku, kite nak cari kepuasan, bukan? nape nak pikir pasal resale value dia contohnya. baru beli keta dah nak jual blk ke? pasal minyak plak, aku rasa selagi tak modified giler2 sampai bunyik ekzos cam lori 18 tayar, lowered cam ko nak sapu dan mop jalan raya tuu, minyak still acceptable laa.. setuju tak korang?

lagi satu, Mazda rare doh. sangat jarang kelihatan. tak macam Honda dan Toyota, baling sebijik batu kt highway, mesti ada kene punya. konfem!!

satu lagi Mazda 3 ni CBU atau fully imported from Japan, tak macam Honda assembled atau pasang kt Ayer Keroh, Melaka. keh keh..

kadang2 aku senyum sendiri tgk Mazda aku, sbb die asek senyum je. haha..

27 Nov lepas, aku buat julung2 kalinya join TT ataupun gathering Mazda kt Fullhouse Yap Kwan Seng, KL. they all semua baik2 dan awesome yer.. dan aku? hanyalah budak hingusan lagi paling junior antara mereka. yea yeay!

umur Meelo dah menjangkau 6bulan, current mileage 18050km. secara kalkulasinya,

6 bulan x 30 hari = 180 hari
so, Meelo berjalan sejauh 100km/hari.

erkk bole tahan gak.

woo feel gamba ni..

ok sampai jumpa lagi. salam. daa~

Thursday, November 25, 2010


hye, korang semua ok tak? semoga sihat hendaknya yer.. wahh dah 2minggu aku bercuti rupenye. giler! melambak kot keje ko kt UTM nun.. smlm Co-Supervisor dah kol mintak hantar Paper, seb bek ade copy kt pendrive. dgn kecanggihan teknologi skg, tayah nak naek bas atau poslaju yg tak berapa nak laju tu, tapi dgn beberapa kali klik shj Paper tu dah sampai ke UTM (email yang dimaksudkan di sini ok kah kah kah)..

di mana ada kemahuan di situ ada highway.. (not relate at all). ok ok ekceli aku nak bagitau, disebabkan kePaduan (i mean kesibukan) amek gamba skg, aku sedar aku memerlukan lebih dan lebih kapasiti..

aku ade SD card 4Gb sebelum ni dan mmg tak cukup, sungguh.. tengs kpd rakan2 tagger, Weh dan Mat sbb drg byk tolong aku dan menjadi mangsa sekaligus bila berlaku kes2 kecemasan seperti memory card full. mau taknye, in the middle shoot moment org kawen, tetibe LCD kt kamera ko kata "wehh Full Full!".. haaa panik tak panik je la kan. takkan ko nak pretending snap2 tp realitinya gambar takde. haha..

tapi worry dont, aku dah beli pon satu. tadaaa...


aku mmg giler beli barang online sket. bukan ape, senang, tayah ko nak berjalan ke kedai, parking lagi masa lagi.. so ape2 barang aku akan prefer online, klu ade lah. klu macam mak soh beli sayur ke minyak masak cap buruh ke, takkan nak beli online kan? agak2 la kepintaran ko nih. ngahaha.. tp ape2 pon beli online kene beware of dogs, eh silap beware of the liar out there. pandai2 lah senang cita. korang dah besar panjang takkan nak bagitau semua itu ini.. hishhh hishhh..

klu korang nak lagi bijak beli lah sesuatu dgn sedikit research. sometimes online murah, sometimes kedai murah, sometimes sometimes sometimes.. so biarlah bijaksana dan bijaksini (haha ingat lagi pesan Ustat aku kt skolah dulu).

aku beli memory card CF ni kt Plaza Lowyat. dan ekceli aku dah deal ngan someone secara online, tp sbb kesabaran tu masih ada dan aku nak try sevay kt Plaza Lowyat dan ternyata lagi murah dan uptodate! so ni la maksud aku bijak di sini dan bijak di mana2 sahaja. haha..

berkhidmatlah sebaik mungkin ok!

sampai di sini sahaja. assalamualaikum. bye.

Wednesday, November 24, 2010

hai kawan2.. entry lepas mesti korang nmpk sket pembaharuan pada Muck aku kan? die berpakaian merah skg. macam Wow la! haha.. its actually Speck casing hardshell seethru, beli online RM140. ok la, terjage sket dari calar, noda dan daki serta dosa kecil dan dosa besar.. kah kah.. tade lah, mrepek kamu!

aku ade tebace satu blog, dan die bagi review pasal Macbook Pro. uwahh, teruja tgk video ni. korang layan la kejap, kejap je plss..



so sekarang baru lah kita sedar, Macbook mahal sebab brand ke sebab build quality :)

luv Muck so much, emuah2! haha..

ok focus skg.. actually nak highlightkan pasal broadband ni. 18 November 2010, tah bagaimana boleh tergerak hati (mmg tade niat pon, siyes), aku terbeli atau tersubscribe Maxis broadband kt Midvalley. ohh man.. actually singgah je then borak2 ngan cina tu, die bagi aku racun gred AAA kot, tu yg aku teracun nak beli. haha.. tp lagi yg buat aku nak cuba broadband Maxis ni sbb die ade 7-days money back guarantee. peace.. tak puas hati, boleh pulangkan semula.
pakej aku amek ni adalah seperti berikut:

1. RM58/bulan
2. 3Gb data
3. 3.6mbps



sbg permulaan RM100 tpaksa kena baya dan 6 bulan pertama klu nak terminate, anda hanya perlu bawa modem ke mana2 booth maxis, tp after 6 bulan modem tu milik anda dan boleh terminate sesuka hati. lagi, no more hidden charges seperti mana yg dikeluh kesahkan oleh macik2 kt kampung, pekeje2 kilang dan student2 semasa.

so far, aku dah try berbroadband kat banting dan gurun (suburban area nih), serdang, klang dan shah alam (urban), semuanya pun memberi kepuasan. dan aku pernah gune celcom kt suburban area di atas, mmg sucks ok!. so +1 for maxis. 1 2 3 go!

so hari ni last utk pulangkan broadband ni, ermmm tp aku rasa nak teruskan pakai. dan tgk la after few months, aku bagi review lagi. tungguu~

dan inilah tempat berukben ini yer!

ok jumpa di next entry lagi hookayy?

Friday, November 19, 2010

0720pm Fri 19.11.10 Setarbak LCCT

hanya ditemani komputer untuk menulis blog mencampakkan segala yang terbuku di hati..

ringkas dan padat, bukan? haha.. ops dah 0725pm.. bye2!

p/s - my dad shud landing at 0725 from Ujung Pandang.

Thursday, November 18, 2010


hidup dah macam masyarakat Badwi, skejab sini skejab sana.. skg kt area Bangsar. parkir toksah cakap la, mati hidup semula pun tak dapat kot klu dtg area lunch hour. alhamdulillah terdetik nak smyg zohor kt masjid Bangsar td, dan alang2 park je lah situ.. hehe.. (bukan salah guna ok!)

(melirik jam di tangan) dah pukul 4:04pm, dah 2 jam lepak kt sini. coke yg aku order pun tak terusik lagi. goshh im so focus bila berhadapan internet. cehhh :p

krakk... pshhhhhh~ (bunyi air coke yg menggelegak)

asal gaye aku tulis da cam novel ni. haha.. ok motif hari ni ekceli nak upkan gamba wedding Shana dan Hidhir, 311010 kt Royal Johor Country Club. nahh hamek..






















dan tidak ketinggalan aksi2 tidak terlampau dari photographer..







itu sahaja, sampai jumpa. assalamulaikum. bye!

Monday, November 15, 2010

salam rakan2 sekalian.. ouhh sungguh tak terkata yer penat shoot wedding 3 hari strett (straight laa!). many thanks to Weh n Mat for tagging this job. nahhh *group hugss* dah dah.. jgn lebih2, luar tabie.. haha..

tapi nih aku nak upload pics yang dah berkurun lama.. tiada kata secantik bahasa tiada kata gambar seindah lukisan. couple ni bernikah pada 231011 kat Taman Perling, JB.











wait for their grand wedding at next post ok!
 
Twitter Facebook Dribbble Tumblr Last FM Flickr Behance